Wednesday, 23 April 2014

ANDA SUDAH PUN MEMPUNYAI KORSET? KENAPA PREMIUM BEAUTIFUL LAIN DARI CORSET YANG ANDA ADA SEKARANG

Salam sejahtera. Saya kembali lagi setelah beberapa lama menyepi dari ber'blogging'. Busy with the customers and also my primary work. But I enjoyed what I am doing because I love both of them, medical and bussiness. Awesome combination. I likeeee. Hehe. Anyway hari ini kita nak bercakap pasal perbezaan antara Premium Beautiful dan korset-korset lain di luar sana.

  • SUPERBRAND - Tahukah anda macam mana satu-satu produk itu mendapat anugerah superbrand? Ha, mari saya cerita. Contohnya macam roti la kan. Ada banyak jenis roti kat pasaran ni, tapi dalam banyak-banyak roti tu ade satu brand roti je yang akan mendapat pengiktirafan sebagai superbrand iaitu roti 'Gardenia' la. Sebab ape brand 'Gardenia' ni dapat anugerah superbrand? Sebab roti ini yang paling berkualiti, paling ramai pembeli dan pengguna, dan paling berkhasiat. Sama la jugak macam Premium Beautiful ini. Ia mendapat anugerah superbrand disebabkan oleh penghasilan produknya yang sangat berkualiti tinggi, tahan lama, ramai pembeli dan pengguna, dan juga paling berkesan berbanding brand korset yang lain. So, cube check balik korset yang anda sudah atau anda teringin nak beli tu. Superbrand kah ia? Kalau tak sampai tahap superbrand, anda pasti akan ada perasaan ragu-ragu tentang kualiti dan keberkesanan korset itu. Hmmmm. Jadi, kenapa buang duit beli brand murahan yang tak dapat anugerah superbrand tu. Mungkin dalam masa beberapa bulan sahaja sudah koyak dan tidak ada kesan pun yang boleh dilihat. Kan rugi tu.

  • LIFETIME WARRANTY - Bila anda membeli set Premium Beautiful, anda layak mendapat lifetime warranty bagi korset tersebut. Ini bermakna anda tidak perlu risau jika ada kerosakan yang berlaku pada korset anda. Anda hanya perlu memberitahu kepada dealer anda dan ianya akan dibaiki oleh syarikat secara percuma. Contoh kerosakan seperti cangkuk long bra tercabut, tali waist nipper yang putus, batu berlian pada salah satu helaian korset anda tercabut dan lain-lain. Berbaloi kan? Satu set korset yang dapat menjaga bentuk badan anda hanya perlu dibeli sekali sahaja dan boleh dipakai sampai bila-bila. Kenapa syarikat ini berani menawarkan lifetime warranty? Kerana kami yakin akan kualiti produk kami yang sangat kukuh sehingga kami yakin ianya boleh dipakai sampai bila-bila. Kalau produk tu takde kualiti, mesti syarikat tu tak berani pun bagi warranty sebab die tahu ramai yang akan datang untuk baiki produk. 

  • TEKNOLOGI DARI JEPUN, US, JERMAN DAN TAIWAN - Idea dari pelbagai pihak akan menghasilkan produk yang lebih berkualiti daripada idea hanya dari satu pihak sahaja. Anda setuju? Begitu la asal usul penghasilan korset yang hebat ini. Idea-idea hebat dari empat buah negara ini menghasilkan bukan sahaja rekabentuk korset yang menawan tetapi juga mempunyai komponen kesihatan di dalam nya (FAR INFRARED RAYS)
  • PENGIKTIRAFAN DARIPADA PERSATUAN PAKAR CHIROPRACTIC AMERIKA, KANADA DAN QUEBEC - Hebatnya korset ini sehingga mendapat pengiktirafan tersebut. So, fungsi korset ini yang boleh membetulkan postur badan anda disamping membantu mereka-mereka yang mempunyai sakit belakang yang berpanjangan, slip disc, scoliosis dan sakit belakang selepas epidural semasa bersalin bukan lah hanya kata-kata yang tidak berasas. Ianya sudah diiktiraf oleh pakar tulang belakang sendiri setelah kajian dan ujian-ujian dijalankan. Hebat tak produk ini? Jadi anda tidak perlu risau tentang sakit belakang anda lagi dan postur yang tidak betul. Korset hebat ini boleh membantu. Dan setakat ini tidak ada lagi korset yang mampu mendapat pengikitirafan yang sama. I am soooo proud of this product.

  • FABRIK AKWATEK & AKWADYNE - Fabrik ini adalah fabrik yang mahal, sangat tahan dan selesa. Ianya adalah sama seperti fabrik baju perenang yang sangat ringan dan tidak berbau walaupun anda berpeluh. Fabrik ini juga mampu mengadaptasi keadaan dan cuaca sekeliling. Sekiranya cuaca sekeliling panas, ianya akan menyejukan badan dan memberi rasa selesa. jadi anda tidak perlu risau akan rasa panas berpeluh-peluh jika memakai set Premium Beautiful ini. Testimoni terbaik adalah saya sendiri. Saya ni sangat sensitif dengan cuaca panas, siap kene gelar puteri lilin lagi. Haha. Bila panas mulalah satu badan akan naik bintik-bintik merah dan kalau ada orang rase kulit saya masa tu mesti semua akan tanya saya ni tengah demam ke?.Haha. Mula-mula saya pun risau jugak nak pakai Premium Beautiful ni takut sepanjang hari rasa panas je. Tapi first time pakai macam pakai pakaian dalam biasa je. Tak ade rasa extra panas ke ape. So amazing, tapi itulah fabrik akwatek dan akwadyne ni. Kalau korset jenama lain yang kebanyakannya hanyalah kain tebal yang panas, anda pasti tak boleh tahan bekerja sambil pakai korset tersebut. Di dalam cuaca yang sejuk pulak, ia boleh membantu me'maintain'kan suhu badan dan keselesaan.
  • KUASA REGANGAN 360 - Fabrik dan struktur produk ini walaupun kukuh untuk menjalankan fungsinya membentuk badan yang menarik dan menyokong tulang belakang, ianya tidak menghalang pergerakan seharian anda. Anda boleh buat ape sahaja semasa memakainya, no restriction. Anda akan rasa selesa seolah-olah anda memakai pakaian dalam biasa.
  • DIREKABENTUK 70% UNTUK KESIHATAN DAN 30% UNTUK KECANTIKAN - Kesihatan adalah sama penting dengan kecantikan. Hebatnya Premium Beautiful ni, fungsinya bukan sahaja untuk membentuk badan yang menarik tetapi juga FAR INFRARED nya dapat membantu dalam masalah kesihatan anda seperti senggugut, darah haid tak teratur, sakit pinggang, slip disc dan banyak lagi fungsi lain korset ini. Ianya seperti seluruh kehidupan anda boleh dibantu dengan korset ini. Anda bukan sahaja akan rasa cantik remaja, tetapi juga ceria kerana masalah kesihatan anda juga telah dapat dibantu. Menarik bukan. Kebanyakan korset lain hanyalah kain semata-mata yang memberi satu fungsi sahaja dan kesan sementara kerana di dalam Premium Beautiful, Far infrared nya dapat memecahkan lemak dan akan kekal menarik tanpa memakainya juga.

Itulah dia perbezaan antara korset Premium Beautiful dan korset-korset lain yang ada di luar sana. Jadi kenapa membazirkan wang untuk produk yang tidak diiktiraf, tidak berkesan, tidak selesa, hanya boleh di pakai sementara sahaja kerana tiada lifetime warranty dan tidak mampu membantu masalah kesihatan anda yang lain. Jadi lah pengguna yang bijak yang dapat menilai keuntungan dari satu-satu produk yang anda beli. Jangan biarkan diri anda ditipu dengan produk yang direka hanya untuk memberi keuntungan kepada penjualnya sahaja tanpa memikirkan hak anda untuk mendapat produk yang berkualiti.

1 comment:

  1. After looking at a few of the blog posts on your website, I
    honestly appreciate your technique of writing a blog.

    I book marked it to my bookmark webpage list and will be checking
    back soon. Please check out my web site too and tell me how you feel.


    Review my blog - Christian Louboutin Sale

    ReplyDelete